Sunday, October 17, 2010

SOLAT WITIR

KEPENTINGAN SOLAT WITIR.


Mari hayati pesanan kekasih Allah , buah hati SAW ini :-

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)


Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

" Sabda Nabi SAW : Jadikan akhir solat kamu di waktu malam dengan solat witir"
..lebih 'manis' jika amalan kebaikan harian kita ditutup dengan rakaat witir sebelum fajar


Solat Witir merupakan solat sunat yang amat dituntut. Ia sepatutnya menjadi amalan kita sebagai seorang insan yg bergelar Muslim. Rasulullah saw bersabda:

Daripada Jabir ra, katanya bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Wahai ahlul Qur'an, berwitirlah kamu sekalian kerana sesungguhnya Allah witir."[HR Abu Daud, At-Taghib 1/276]

Dalam hadis yang lain, Rasulullah saw menekankan kepentingan solat ini.

Daripada Buraidah ra katanya bahawa Rasululah saw bersabda, "Witir itu adalah satu haq; Barangsiapa tiada berwitir, maka tiadalah ia daripada kami."[HR Ahmad dan Abu Daud, at-Taghib 1/277]

dan juga Rasulullah saw telah bersabda:
"Wahai ahlul Qur'an! Berwitirlah kamu, sesungguhnya Allah itu witir(tunggal) dan Allah suka bilangan tunggal."[HR at-Tirmidzi dan Abu Daud, Fiqhul Manhaji 'ala Mazhab al-Imam As-Syafi'i Juz 1]

Dalam membicarakan mengenai hukum-hukum berkaitan solat Witir ini, para Fuqaha berbeza pendapat dalam beberapa hal berkaitannya. Ibn Hajar al-Asqallani di dalam kitabnya Fathul Bari , telah menukilkan bahawa menurut Ibn at-Tin, terdapat 7 hal yang diperselisihkan. Namun, beliau telah menambah lagi beberapa hal lagi yang menjadi perdebatan dari kalangan ulama'.

Pada ruang yang terbatas ini, kita akan cuba membahaskan dua daripadanya, iaitu, "Apakah boleh dikerjakan solat sunat selepas dikerjakan solat Witir?" dan "Yang manakah lebih afdhal, dilakukan di awal waktu atau dilewat malam?" Berikut disenaraikan beberapa hadis yang menjadi dalil kepada persoalan pertama di atas.

1. Thalq Ibn Ali berkata, “Tiada dua witir dalam satu malam.”[HR Ahmad, Abu Daud, at-Turmudzi dan an-Nasa’iy. Disahihkan oleh Ibn Hibban dan juga Albani. Menurut Imam Turmuzi, hadis ini Hasan.]

2. Ibn Umar ra menerangkan bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Jadikanlah witir sebagai akhir sembahyangmu di malam hari.”[HR Jamaah kecuali Ibn Majah]
 CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT WITIR


Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam),
sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.


Di antara fadhilat solat witir ialah :


1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.


2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain


3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.


Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir

`SUBHANALLAH HIL MALIKIL QUDDUS'

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :


Doa Solat Witir,

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

No comments:

Post a Comment