Sunday, January 30, 2011

JALAN JALAN

pintu gerbang saujana asahan
Salam, weekend yang lalu, 29 dan 30hb Januari lalu, saya dan family pi Asahan. Ni plan yang mengejut..Every Saturtay morning, kak wan mesti pi pasar beli lauk utk seminggu. Tetiba je teringgat kalau pi Asahan kan best. Planning memang nak gi kenduri kawan kat Muar hari Ahad. So kak wan call le si pengantin lelaki ni nak minta booking chalet kat Asahan. Nasib baik ada chalet kosong. Apalagi, kak wan suruh anak2 packing baju, then pukul 1.00 tgh moved dari Bukit Jalil to Asahan. Nak sampai tu, banyak dugaan betul, dengan sesatnya lah pulak. Hujan sepanjang perjalanan. Alhamdulillah kami sampai kat sana pukul 5 petang. Tak leh gi mana pun sebab hujan tak nak berhenti. Pi makan kat kedai kat kampung di sana, boleh tahan juga sedapnya. Murah, satu family baru 39.00 aje. puas hati. Lepas makan, balik chalet tidur...
Esoknya hujan masih turun lagi. tak nak berhenti. semua plan nak buat kat asahan tak jadi, tak pe may be next time ya anak2ku. We have nasi lemak dan roti canai for breakfast, pukul 11.00 pagi moved to Muar, sesat you sebab this is first time jalan-jalan kat muar ni. Dekat pukul 3.30 ptg baru sampai kat rumah pengantin.. Penat. Apalagi makan nasi beriyani tu bertambah2 le.Nak balik dari sana, mak pengantin bagi pulak nasi, untung2 boleh buat makan malam nanti, jimat tak yah makan luar lg.

masjid tempat kami solat jamak,indah sangat masjid ni

Thursday, January 27, 2011

FADILAT SELAWAT KE ATAS RASUL

 
MASJID NABAWI
 FADHILAT-FADHILAT SELAWAT

Firman Allah:
Tafsirnya: Sesungguhnya Allah dan para malaikatnya berselawat ke atas Nabi Muhammad. Wahai org2 beriman hendaklah kamu semua mengucapkan selawat dan salam kepada baginda.(Surah Al-Ahzab)

Sabda Nabi s.a.w:
Sesiapa yg berselawat keatas Nabi s.a.w sekali; Maka Allah akan berselawat kepadanya seratus kali.(Hr Muslim)

Rasul s.a.w:
Orang yg lebih baik disisiku di hari kiamat adalah org yg paling banyak selawatnya kepadaku.(Hr Tirmizi)

Sabda Nabi s.a.w:
Hinalah orang yang tidak berselawat kepadaku ketika namuku disebut disisinya.(Hr Tirmizi)

Rasulullah s.a.w bersabda:
Hari yang terbaik bagi kamu adalah hari Jumaat; jadi perbanyakkan selawat pada hari tersebut.


Maka sesungguhnya selawat yg kamu ucapkan akan dibentangkan kepadaku. Para sahabat bertanya "Bagaimana pula selawat kami dibentangkan kepadamu sedangkan tubuhmu sudah hancur." Beliau bersabda "Sesungguhnya bumi tidak makan jasad anbiya"(Hr Abu Daud)Riadus Solehin oleh Imam Nawawi

10 Fadhilat Selawat Ke atas Nabi Muhammad saw.
1) Sabda Rasullah SAW : Barangsiapa yang berselawat keatasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat keatasnya 10 kali ganda - (HR Muslim.)

2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.

3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari,insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki@wanita.

4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.

5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.

6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.

7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.

8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.

9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalam dirinya.

10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.

Selain dari itu juga menurut sumber yang lain, selawat adalah amalan yang sangat disukai oleh Allah Taala sehingga Allah Taala dan Malaikat-Nya juga berselawat ke atas RasulNya:

Di dalam hadis Rasulullah juga ada menyatakan tentang kelebihan selawat ini yang bermaksud:

"Orang yang paling mulia dan lebih utama, di sisi-Ku pada hari Kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat keatas-Ku" (Imam Muhyiddin Abi Zakaria Yahya b Syarafuddin An-nawawi, T.Th : 316 )

Kelebihan-kelebihan selawat adalah seperti berikut:
1. Para malaikat akan berselawat pula ke atas pembaca selawat itu dan Allah akan menurunkan rahmat-Nya.

2. Allah akan mengurniakan kekayaan seumur hidupnya Mereka yang berselawat 500 kali sehari, insyaAllah akan memperoleh kemenangan dan keselamatan selamanya.

3. Akan terhapus sifat marah dan terjauh dari bala bencana Menjadi kekasih kepada kekasih Allah.

4. Terhindar daripada mengalami kesukaran untuk mencapai sesuatu yang dihajati. Mendapat rezeki yang berkat, berhasil hajatnya dan terlindung daripada bala bencana 5. Mendapat syafaat di dunia dan di akhirat ( Hj. Johari Hj. Alias, 2001: 46-48)


Ada banyak lagi kelebihan selawat itu jika diamalkan secara ikhlas. Di sini jelas, selawat adalah salah satu kaedah yang telah Allah SWT ajar kepada kita untuk menyelesaikan kemelut nafsu Ammarah dan Lawwamah. Nabi Adam A.S, manusia pertama di dunia, juga menyelesaikan kemelutnya ketika dikeluarkan daripada syurga, iaitu bertawassul dengan menggunakan nama Nabi Muhammad SAW. Apabila Nabi Adam A.S tercampak ke dunia, selama 40 tahun, baginda menangis memohon keampunan daripada Allah Taala. Setelah diketemukan semula baginda dengan isterinya Hawa, iaitu di Jabal Rahmah, Adam A.S dibuka kasyafnya oleh Allah Taala untuk melihat perkataan:


Perkataan ini dilihat oleh Nabi Adam A.S tertera di tiang arash syurga. Dengan menggunakan kebesaran dan keberkatan nama Nabi Muhammad SAW, Adam memohon keampunan daripada Allah sambil mengucap dua kalimah syahadah ini. Allah Taala kemudiannya mengampunkan Nabi Adam A.S. (Hj. Abdul Al Hadhi :26-28)


Contoh lain ialah kisah Qabil dan Habil (anak Nabi Adam A.S). Ketika Qabil yang telah membunuh saudara kandungnya Habil, sedang ditenggelamkan oleh Allah SWT hingga ke paras pinggang ke dalam tanah, tiba-tiba teringat dia akan pengalaman ayahnya iaitu Nabi Adam A.S. lalu Qabil bertawassul dengan kebesaran dan keberkatan nama Nabi Muhammad SAW, sehingga azabnya diringankan daripada ditelan bumi kepada dicampakkan sahaja di tengah-tengah padang pasir. (Hj. Abdul Al Hadhi : 26-28)

Friday, January 21, 2011

SELAMAT HARI JADI

Salam, hari nie, hari jadi anak Kak Wan yang ke 3, Nur Izzati, nama manja org panggil Titi aje.. Dah 8 tahun umur dia. Memang semua ibu  kat dunia nie nak anak dia orang jadi org yang terbaik dan berjaya di dunia dan akhirat, begitu juga doa kak wan buat puteri ku tersayang. tak de doa yang paling unggul, selain kak wan nak lihat dia jadi anak yang solehah, jadi anak yang sentiasa manis dimata org2 disekelilingnya dan berjaya dunia dan akhirat. Mak sayang sayang sayang kat titi..jadi anak yang sentiasa ingat pada Allah, bersyukur pada setiap apa jua keadaan. l luv u very much darling.. ingat pesan mak, jgn lupa solat. ingat Allah ada bila kita ingat pada NYA.

Monday, January 17, 2011

CERITA PASAL BAIM WONG


KENALI BAIM WONG

Nama : Muhamad Ibrahim

Tarikh Lahir : 27 April 1981

Tempat Lahir : Jakarta

Bapa : Johnny Wong

Ibu : Kartini Martaatmadja

Agama : Islam

Status : Bujang

Mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 2001 tetapi mula serius dalam bidang ini pada tahun 2005

SINETRON
Cinta Hilang Cinta Kembali (2005)
Cincin (2006)
Benci Bilang Cinta (2006)
Kau Masih Kekasihku (2006)
Bukan Diriku (2006)
Pasangan Heboh (2007)
Soleha (2007)
Diva (2008)
Munajah Cinta (2008)
Maha Kasih 2 (2006)
Maha Cinta (2007)
Tujuh Tanda Cinta (2003)
Tunjuk Satu Bintang (2002)
Jangan Berhenti Mencintaiku (2005)
Khanza (2008)
Dewi (2009)
Kejora dan Bintang (2009)
Sejuta Cinta Marshanda (2010)
Lagu Cinta Nirmala (2010)

Peminat sinetron Indonesia pasti mengenali pelakon Baim Wong yang banyak sekali membintangi sinetron yang ditayangkan di kaca TV Malaysia.

Pelakon yang diikat oleh studio Sinema Arts itu menghangatkan sinetron Solehah, Benci Bilang Cinta, Bukan Diriku dan terbaru Kejora dan Bintang di Astro Ria. Baim juga ada ramai peminat di Malaysia.

Baim dibawa ke Malaysia oleh Astro Ria bagi mempromosikan Kejora Dan Bintang. Dalam pertemuan dengan media, Baim mengaku dia pernah lupa diri dan sombong kerana tersuntik glamor. Mengapa jadi macam itu?

Kata Baim: "Saya mula berlakon sejak tahun 2001 dan berhenti berlakon pada tahun 2003 kerana berasakan lakonan bukanlah dunia saya. Saya tak suka dengan apa yang saya lakukan sebab itulah saya berhenti berlakon.

"Pada tahun 2005 saya kembali berlakon menerusi sinetron Benci Bilang Cinta dan sehingga sekarang saya berlakon tanpa henti. Ada orang tanya, apakah yang seronoknya menjadi selebriti? Bagi saya, kebaikannya ialah ada orang yang memerhatikan kita.

"Saya akui saya sempat menjadi seorang yang lupa diri dan sombong semasa nama saya sedang popular selepas kejayaan Benci Bilang Cinta. Nasib baik ada kawan saya yang menegur saya apabila dia melihat tingkah laku saya tak seperti sebelum itu.

"Bila ditegur, saya mulai sedar yang saya sudah berubah dan dengan teguran itu saya mengubah diri dan kembali seperti diri saya sebelum itu."

Baim, 29, yang berdarah kacukan Cina dan Sunda itu juga mengatakan dia menjadikan lakonan hariannya sebagai satu proses pembelajaran dalam hidup dan dalam menajamkan lakonan. Dia tidak mendapat pendidikan formal dalam lakonan sebaliknya belajar dengan pelakon senior.

"Kesempatan bertemu pelakon senior seperti Deddy Mizwar dan Christine Hakim saya gunakan untuk belajar ilmu daripada mereka," kata Baim yang sopan berbicara.

Berlakon macam gila

Baim akui persaingan sengit sesama rumah produksi dan stesen televisyen di Indonesia yang mahu menghasilkan drama yang mendapat sambutan, membuatkan mereka bekerja bagai nak gila sehingga tidak boleh bercuti.

"Kami berlakon setiap hari. Malah ketika kami yang terpaksa menjalani penggambaran sebelah siang untuk tayangan pada malamnya. Kita terpaksa memikulnya sebagai satu tanggungjawab.

"Kalau kita gagal penuhi kehendak itu kita akan melibatkan banyak pihak termasuk jadual artis lain dan pihak produksi juga boleh dikenakan denda oleh stesen TV kalau tak dapat siapkannya. Sebab itu kalau tak sihat sekalipun, kita terpaksa gagahkan diri ke lokasi.

"Saya baru tamat penggambaran sinetron Lagu Cinta Nirmala. Bayangkan dalam masa sebulan kita kena siapkan 57 episod. Pihak produksi hanya ada masa selama sebulan sahaja kerana heroinnya Alyssa Soebandono terpaksa kembali ke Australia. Dia masih belajar di sana. Sebab itu sekarang saya ada masa rehat sikit," kata Baim.

Bila-bila masa boleh kahwin

Sinetron Kejora Dan Bintang yang dihasilkan pada tahun 2009 adalah gandingan pertama Baim dan Alyssa Soebandono. Sebelum ini Baim selalu digandingkan dengan bekas kekasihnya Marshanda.

"Alhamdulillah peminat menerima gandingan kami sebab itu produksi terus menggandingkan kami dalam beberapa sinetron.

"Di Indonesia kejora Dan Bintang mendaat sambutan yang menggalakkan dan saya harap peminat di Malaysia juga akan menyukainya," jelas Baim yang kini solo tanpa teman wanita disisi.

Ditanya pasal kahwin, Baim tanpa berselindung mengatakan dia sentiasa bersedia kahwin kalau bertemu jodoh. Hubungannya dengan Marshanda putus pada tahun 2008 setelah tiga tahun bercinta. Cintanya dengan Yessy Wang juga sudah putus kerana perbezaan agama.

"Saya solo... kalau ada calon bila-bila masa saja saya akan kahwin," kata Baim serius.

Kejora Dan Bintang akan ditayangkan di Astrio Ria mulai 25 Januari ini pada pukul 6.30 petang. Drama 72 episod itu turut menampilkan Lucky Perdana, Rachel Amanda, Mieke Wijaya dan ramai lagi.

Tak sangka popular di Malaysia

Baim mengakui terkejut bila melihat kehadrannya dalam acara tayangan perdana Kejora Dan Bintang di Cathay Cineplex, eCurve, Damansara dihadiri ramai peminat, malah mereka menunggunya sejak awal lagi.

"Saya tak sangka sambutan peminat begitu sekali. Saya pernah datang bercuti di Kuala Lumpur dua tahun lalu, tak ada orang kenalpun pada masa itu. Hari ini saya lihat ramai sekali peminat," katanya yang terkejut apabila ahli kelab peminat turut membawa hadiah bersama-sama.

Kelab peminat Baim Wong diwujudkan oleh peminatnya di Malaysia. Mereka juga mencipta akaun twitter kelab peminat Baim Wong Malaysia.

Bisnes restoran

Baim kini bergelar usahawana apabila membuka restoran. Setelah berjaya dengan restoran Oh La La, dia kini membuka pula Restoran Bakmilicious di Jakarta.

"Saya baru membuka Bakmilicious sebulan lalu. Setakat ini hanya ada di Jakarta. Insya-Allah saya akan mengembangkannya secara francais. Saya ingin membesarkan rangkaiaan restoran yang menyediakan aneka masakan mi ini," katanya.

Baim sendiri turut menguruskan restoran kalau dia ada masa lapang kerana mahu memastikan restorannya berjaya dan berkembang.

Foto: (ihsan Majalah Mangga)
  

Wednesday, January 12, 2011

6 golongan yang mendapat doa malaikat

6 ORANG MENDAPAT DOA PARA MALAIKAT


Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya.

Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya”
(QS Al Anbiyaa’ 26-28)

Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.


Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘”
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.


Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia”
* (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.


Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan”
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).


Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf”
*(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.


Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu”
*(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.


Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “ Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘”
*(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)


Monday, January 10, 2011

MENU MINGGU INI

salam, pejam celik, pejam celik dah hari 8 hari kita di tahun baru masehi, so nak cite hari ni malas nak masak (sabtu) my huuby punya turn pulak masuk dapur...mai kita tengok apa yang dia masak..

08.01(sabtu)- sup ayam satu periuk besar, cukup untuk makan 3 hari tau..boleh juga makan sama mee, jadi le mee sup berapi...
09.01(ahad)- hr ini teringin nak wat kuih kaswi, kak wan cuba resepi kat http://yatiememories.blogspot.com/ jadik, sedap jugak nie, then kak wan kuih sagu bersantan dimkn dgn kuah gula merah, pun sedappp jugak.
10.01(isnin)-kena buat hidangan untuk anak yang sulung, apa nak buat ya, so tengok2 bihun goreng yng jadik, utk mkn malam mlm kak wan masak kari ikan jenahak dan goreng tempe bercili.
11.01.(selasa)-mee goreng utk sarapan dan sotong masak sambal utk tengahari..
12.01(rabu)   - nuget, fries kentang dan masak lemak cili api daging.
13.01(khamis)-nasi goreng, telur sambal kicap dan ikan kerisi masak sambal...

nak minta izin c&p resipi kuih kaswi dari blog yatiememories ya.. halalkan ya

Kuih Kaswi
Bahan-bahan :

  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan gula merah*
  • 1 1/2 cwn air*
  • 3 helai daun pandan*(*di masak..)
  • 1 1/2 cwn tepung gandum
  • 1/2 cwn tepung ubi
  • 1/2 cwn tepung beras
  • sedikit garam
  • 3 sudu besar air kapur
  • 3 cwn air
  • Loyang atau acuan kuih lompang yang disapukan dengan sedikit minyak masak
  • Kelapa parut + garam
Cara-cara :


  • Gunakan 1 1/2 cawan air untuk memasak gula pasir, gula merah dan daun pandan.
  • Masak hingga gula larut. Ketepikan dan sejukkan dulu.
  • Ayak ke semua tepung dan masukkan 3 cawan air ke dalam bancuhan air gula.
  • Masukkan air kapur dan kacau sebati.
  • Tapis air gula ke dalam tepung - Gaul rata.Tapis bancuhan tepung untuk mengelakkan dari berketul-ketul.(Blend semuanya pun senang..)
  • Kacau seketika di atas api yg kecil supaya kelihatan agak pekat tapi jangan sampai bertukar menjadi kanji.
  • Sapu loyang/acuan dengan minyak masak supaya kuih mudah dikeluarkan.
  • Kukus loyang/acuan dahulu tanpa isi.
  • Tuang bancuhan tepung ke dalam loyang dan kukus selama 45 minit atau sehingga masak.
  • >Kalau guna acuan lompang/acuan kecil, masa kukus adalah 15 minit.
  • Bagi yang mengukus di dalam loyang, kuih akan kelihatan lembik dan berair sedikit.
  • Ambil sehelai kitchen tissue dan letakkan di permukaan kuih agar air itu dapat diserap.
  • Sejukkan kuih baru dikeluarkan dari acuan.
  • Boleh dihidang dengan kelapa parut bercampur sedikit garam yg telah dikukus juga seketika supaya tahan lama
sambal sootong yang pedas
kuih kaswi yang best


 






daging masak lemak cili apiii





Thursday, January 6, 2011

MENU SEPANJANG MINGGU PERTAMA JAN 2011

Salam, minggu ni memang penat, ye lah anak2 kak wan 4 orang tu dah mula sekolah. Nasib baik semua dalam keadaan yang terkawal. Seperti biasa kena bangun early morning preparing their breakfast + lunch + dinner also.. malas lah kak wan nak masak banyak2 kali, tak rajin you..

Antara menu yang kak wan masak sepanjang minggu ni ialah :
    • 03.01.11- kueh tiaw goreng, kari daging, tempe goreng
    • 04.01.11- mee goreng, karipap, ikan sardin masak sambal, sotong masak lemak cili api
    • 05.01.11- nasi goreng, roti mentega, ayam masak kicap ala-ala black pepper gitu
    • 06.01.11- nasi lemak dan setnya dan nugget ayam
    • 07.01.11- burger, telur masak sambal dan bihun goreng..
tu je minggu untuk 5 hari ni, Sabtu dan Ahad kak wan nak cuti masak. Alah cakap je tapi nanti kena masak juga tu...

Monday, January 3, 2011

SELAMAT HARI LAHIR KE 14 TAHUN, ANAKKU

04.01.1997, aku melahirkan seorang puteri sulungku yang sungguh comel dan gebu.. Seronoknya dan bahagia aku rasakan... Kini 04.1.11, puteri yang diberi nama Nur Diyana,(cahaya agama) telah meningkat dewasa dan hari ini usianya telah meningkat ke angka 14.. Wah cepatnya masa berlalu, usia Kak Wan pun kian meningkat.. tua. Di sini Kak Wan nak nyatakan padanya saya amat menyayanginya sepenuh hati.Semoga anakku menjadi insan yang terbaik disisiNya. Emakmu sentiasa mendoakan kebahagiaanmu dunia dan akhirat. Dipanjangkan usia dalam kebaikan...Terus berusaha ya anakku.................NUR DIYANA BT ZAINAL ABIDIN
 

 

JADUAL GAJI PENJAWAT AWAM TAHUN 2011

Jom semak jadual gaji untuk tahun 2011. semuanya akhir bulan,, sakit-sakit ni,, kena lebih berjimat cermat nie.. So rancang le bajet anda... jangan sampai burst pula..

Jadual pembayaran gaji penjawat awam tahun 2011.


Bulan Tarikh Hari Catatan

Januari 25/01/2011 Selasa

Februari *24/02/2011 Khamis Tahun Baru China, 3 , 4 /02/ 2011

Mac 24/03/2011 Khamis

April 25/04/2011 Isnin

Mei 24/05/2011 Selasa Pesta Menuai 30, 31/05/2011

Jun *23/06/2011 Khamis Hari Gawai, 1, 2/06/2011

Julai 25/07/2011 Isnin

Ogos 24/08/2011 Rabu Hari Raya Puasa 30, 31/08/2011

September 22/09/2011 Khamis

Oktober 20/10/2011 Khamis Deepavali 26/10/2011

November *24/11/2011 Khamis Hari Raya Haji 6/11/2011

Disember 19/12/2011 Isnin Krismas 25/12/2011

* Gaji Tahun Baru China, Hari Gawai dan Hari Raya Haji tidak diberi awal kerana jatuh sebelum 11hb bagi bulan tersebut.

Sunday, January 2, 2011

Selamat Hari Lahir Abahku




Salam, hari ni adalah hari lahir abahku yg ke 66. Diharapkan abahku sihat selalu dan panjang umur dalam kebaikan... Ya Allah ampunkan dosa abahku, panjangkan usianya dalam kebaikan selalu, sihat tubuh badan.. kalau ada rezeki, KaK Wan nak bawa abah pi umrah..Mudah segala pengorbanan abah diberi Allah ganjaran pahala yang besar... Sayang Abah sangat22222..