Monday, January 17, 2011

CERITA PASAL BAIM WONG


KENALI BAIM WONG

Nama : Muhamad Ibrahim

Tarikh Lahir : 27 April 1981

Tempat Lahir : Jakarta

Bapa : Johnny Wong

Ibu : Kartini Martaatmadja

Agama : Islam

Status : Bujang

Mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pada tahun 2001 tetapi mula serius dalam bidang ini pada tahun 2005

SINETRON
Cinta Hilang Cinta Kembali (2005)
Cincin (2006)
Benci Bilang Cinta (2006)
Kau Masih Kekasihku (2006)
Bukan Diriku (2006)
Pasangan Heboh (2007)
Soleha (2007)
Diva (2008)
Munajah Cinta (2008)
Maha Kasih 2 (2006)
Maha Cinta (2007)
Tujuh Tanda Cinta (2003)
Tunjuk Satu Bintang (2002)
Jangan Berhenti Mencintaiku (2005)
Khanza (2008)
Dewi (2009)
Kejora dan Bintang (2009)
Sejuta Cinta Marshanda (2010)
Lagu Cinta Nirmala (2010)

Peminat sinetron Indonesia pasti mengenali pelakon Baim Wong yang banyak sekali membintangi sinetron yang ditayangkan di kaca TV Malaysia.

Pelakon yang diikat oleh studio Sinema Arts itu menghangatkan sinetron Solehah, Benci Bilang Cinta, Bukan Diriku dan terbaru Kejora dan Bintang di Astro Ria. Baim juga ada ramai peminat di Malaysia.

Baim dibawa ke Malaysia oleh Astro Ria bagi mempromosikan Kejora Dan Bintang. Dalam pertemuan dengan media, Baim mengaku dia pernah lupa diri dan sombong kerana tersuntik glamor. Mengapa jadi macam itu?

Kata Baim: "Saya mula berlakon sejak tahun 2001 dan berhenti berlakon pada tahun 2003 kerana berasakan lakonan bukanlah dunia saya. Saya tak suka dengan apa yang saya lakukan sebab itulah saya berhenti berlakon.

"Pada tahun 2005 saya kembali berlakon menerusi sinetron Benci Bilang Cinta dan sehingga sekarang saya berlakon tanpa henti. Ada orang tanya, apakah yang seronoknya menjadi selebriti? Bagi saya, kebaikannya ialah ada orang yang memerhatikan kita.

"Saya akui saya sempat menjadi seorang yang lupa diri dan sombong semasa nama saya sedang popular selepas kejayaan Benci Bilang Cinta. Nasib baik ada kawan saya yang menegur saya apabila dia melihat tingkah laku saya tak seperti sebelum itu.

"Bila ditegur, saya mulai sedar yang saya sudah berubah dan dengan teguran itu saya mengubah diri dan kembali seperti diri saya sebelum itu."

Baim, 29, yang berdarah kacukan Cina dan Sunda itu juga mengatakan dia menjadikan lakonan hariannya sebagai satu proses pembelajaran dalam hidup dan dalam menajamkan lakonan. Dia tidak mendapat pendidikan formal dalam lakonan sebaliknya belajar dengan pelakon senior.

"Kesempatan bertemu pelakon senior seperti Deddy Mizwar dan Christine Hakim saya gunakan untuk belajar ilmu daripada mereka," kata Baim yang sopan berbicara.

Berlakon macam gila

Baim akui persaingan sengit sesama rumah produksi dan stesen televisyen di Indonesia yang mahu menghasilkan drama yang mendapat sambutan, membuatkan mereka bekerja bagai nak gila sehingga tidak boleh bercuti.

"Kami berlakon setiap hari. Malah ketika kami yang terpaksa menjalani penggambaran sebelah siang untuk tayangan pada malamnya. Kita terpaksa memikulnya sebagai satu tanggungjawab.

"Kalau kita gagal penuhi kehendak itu kita akan melibatkan banyak pihak termasuk jadual artis lain dan pihak produksi juga boleh dikenakan denda oleh stesen TV kalau tak dapat siapkannya. Sebab itu kalau tak sihat sekalipun, kita terpaksa gagahkan diri ke lokasi.

"Saya baru tamat penggambaran sinetron Lagu Cinta Nirmala. Bayangkan dalam masa sebulan kita kena siapkan 57 episod. Pihak produksi hanya ada masa selama sebulan sahaja kerana heroinnya Alyssa Soebandono terpaksa kembali ke Australia. Dia masih belajar di sana. Sebab itu sekarang saya ada masa rehat sikit," kata Baim.

Bila-bila masa boleh kahwin

Sinetron Kejora Dan Bintang yang dihasilkan pada tahun 2009 adalah gandingan pertama Baim dan Alyssa Soebandono. Sebelum ini Baim selalu digandingkan dengan bekas kekasihnya Marshanda.

"Alhamdulillah peminat menerima gandingan kami sebab itu produksi terus menggandingkan kami dalam beberapa sinetron.

"Di Indonesia kejora Dan Bintang mendaat sambutan yang menggalakkan dan saya harap peminat di Malaysia juga akan menyukainya," jelas Baim yang kini solo tanpa teman wanita disisi.

Ditanya pasal kahwin, Baim tanpa berselindung mengatakan dia sentiasa bersedia kahwin kalau bertemu jodoh. Hubungannya dengan Marshanda putus pada tahun 2008 setelah tiga tahun bercinta. Cintanya dengan Yessy Wang juga sudah putus kerana perbezaan agama.

"Saya solo... kalau ada calon bila-bila masa saja saya akan kahwin," kata Baim serius.

Kejora Dan Bintang akan ditayangkan di Astrio Ria mulai 25 Januari ini pada pukul 6.30 petang. Drama 72 episod itu turut menampilkan Lucky Perdana, Rachel Amanda, Mieke Wijaya dan ramai lagi.

Tak sangka popular di Malaysia

Baim mengakui terkejut bila melihat kehadrannya dalam acara tayangan perdana Kejora Dan Bintang di Cathay Cineplex, eCurve, Damansara dihadiri ramai peminat, malah mereka menunggunya sejak awal lagi.

"Saya tak sangka sambutan peminat begitu sekali. Saya pernah datang bercuti di Kuala Lumpur dua tahun lalu, tak ada orang kenalpun pada masa itu. Hari ini saya lihat ramai sekali peminat," katanya yang terkejut apabila ahli kelab peminat turut membawa hadiah bersama-sama.

Kelab peminat Baim Wong diwujudkan oleh peminatnya di Malaysia. Mereka juga mencipta akaun twitter kelab peminat Baim Wong Malaysia.

Bisnes restoran

Baim kini bergelar usahawana apabila membuka restoran. Setelah berjaya dengan restoran Oh La La, dia kini membuka pula Restoran Bakmilicious di Jakarta.

"Saya baru membuka Bakmilicious sebulan lalu. Setakat ini hanya ada di Jakarta. Insya-Allah saya akan mengembangkannya secara francais. Saya ingin membesarkan rangkaiaan restoran yang menyediakan aneka masakan mi ini," katanya.

Baim sendiri turut menguruskan restoran kalau dia ada masa lapang kerana mahu memastikan restorannya berjaya dan berkembang.

Foto: (ihsan Majalah Mangga)
  

No comments:

Post a Comment