Monday, October 11, 2010

HANTAR ABANG IPAR PERGI HAJI KT 12, MH1808

Alhamdulillah, abang ipar dan biras aku dapat jemputan sebagai tetamu ALLAH tahun ini untuk melaksanakan
rukun Islam ke 5 tahun ini. Sekejap je aku rasa dah setahun berlalu, Last year dia orang semua hantar aku pergi haji,
tahun ni aku hantar dia orang pulak.


Kami sampai di Kelana Jaya sebelum subuh lagi, sebab my b.i.l kena check in pukul 7.30 pg. Dapat solat jemaah subuh di Masjid Kelana Jaya. Tetiba aku rasa sedih dan sayu kerana masjid nilah tempat aku kursus haji mingguan pada tahun lepas.
Nostalgia sungguh.


Masa petugas haji meminta semua jemaah berhimpun, aku dah sedih, lagi-lagi bila dengar ucapan Labaikallah Huma Labaik
dari jemaah haji semua. Air mata jatuh tanpa diminta..
Ya Allah jemputlah aku lagi ke menjadi tetamuMu lagi. Itu doa aku.......Amin


Labaikallah humma labaika

Labaikallah humma labaika
Labaikallah syarika laka labaika
Innalhamda wani’mata la
ka Wamulkalla, syarikala

“Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada perintah-Mu,
wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu kami sahut seruan-Mu, sesungguhnya segala puji
nikmat dan kekuasaan, kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagi-Mu.”

GAMBAR SAYA DAN SUAMI BERSAMA MERTUA (HAJI 1430H 2009)

JEMAAH BERATUR UNTUK MASUK KE DALAM HALL

DI DEPAN BANGUNAN TABUNG HI KELANA JAYA


No comments:

Post a Comment