Thursday, February 17, 2011

KELEBIHAN BERSELAWAT

 salam semua, hari ni kak wan nak tulis en3 pasal kelebihan berselawat kepada junjungan kita Rasulullah S.A.W. bukan pasal sekarang bulan rabiul awal tapi untuk mengingat kak wan dan semua ttg fadhilat berselawat ini. kita kena berselawat selalu sepanjang masa...

Hukum Membaca Selawat (dipetik dari buku 99 selawat nabi S.A.W)
Imam Syafie dan Imam Asy Sya'bi manyatakan selawat itu wajib dibacakan dlm ke2 tasyahud awal dan akhir.

Waktu-waktu berselawat
  • Ketika masuk dan keluar masjid.
  • Sesudah Azan
  • Sesudah membaca tasyahud akhir dalam solat.
  • Dalam solat jenazah.
  • Diantara takbir-takbir solat sunat hari raya.
  • Di permulaan dan akhir doa.
  • Di akhir qunut dalam solat.
  • Di malam dan di hari Jumaat.
  • Di dalam khutbah Jumaat.
  • Ketika berziarah di makan Rasul.
  • Sesudah bertalbiah
  • Dalam majlis keramaian.
  • Ketika berjabat tangan semasa berjumpa sahabat handai sesama Islam. Sabda Nabi S.A.W (Tiadalah dua hamba yang saling cinta mencintai kerana Allah yang berjumpa salah seorang yang lain lalu berjabat tangan(bersalam) dan berselawat kepada Nabi S.A.W melainkan Allah mengampuni dosanya sebelum mereka berpisah baik yang telah lalu ataupun ataupun yang akan datang)(Hadis Riwayat Ibnu Sunni)
  • Ketika memulakan sesuatu pekerjaan yang baik dan penting. Sabda Nabi S.A.W (Setiap pekerjaan yang baik yang tidak dimulai dengan hamdalah(memuji Allah) dan selawat, maka pekerjaan itu terputus dan hilang berkahnya.(Hadis Riwayat Ar Rahawi)
  • Ketika mendengar orang menyebut nama Nabi S.A.W
  • Ketika telinga berdengung. Sabda Nabi S.A.W (Jika telinga seseorang itu berdengung  maka hendaklah ia mengingati dan berselawat kepadaku.
  • Ketika bimbang dan dalam kesusahan.
  • Di waktu pagi dan petang. Sabda Nabi S.A.W(Barangsiapa berselawat kepadaku waktu pagi sepuluh kali dan waktu petang sepuluh kali, maka ia akan mendapat syafaatku di hari kiamat). Hadis Riwayat Thabrani.

No comments:

Post a Comment