Saturday, February 12, 2011

DOA UNTUK MATI DALAM ISLAM

Salam, hari hari yang ceria, pagi2 tadi kak wan dah ready kat depan tv, tengok program tanyalah ustaz di tv9.semalam pun tengok juga, ustaz cite topik peribadi terpuji(rasulullah).
Ustaz tu Imam 1 Masjid Al Husna, Bandar Sunway, best cara penyampaiannya, cool aje, dia bagi dua cara untuk kita amalkan untuk kita nanti mati dalam keadaan Islam.
1. Amalkan cara hidup Islam 100% dalam kehidupan kita seharian.
2. Doa dan mohon pada ALLAH supaya kita dimatikan dalam keaadaan ISLAM.
 SURAH AL A'RAF
وَمَا تَنقِمُ مِنَّآ إِلَّآ أَنۡ ءَامَنَّا بِـَٔايَـٰتِ رَبِّنَا لَمَّا جَآءَتۡنَا‌ۚ رَبَّنَآ أَفۡرِغۡ عَلَيۡنَا صَبۡرً۬ا وَتَوَفَّنَا مُسۡلِمِينَ (١٢٦) Al-Araf
Dan tidaklah engkau (hai Firaun) marah (dan bertindak menyeksa) kami melainkan kerana kami beriman kepada ayat-ayat Tuhan kami, ketika sampainya kepada kami. (Mereka berdoa): Wahai Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan matikanlah kami dalam keadaan Islam (berserah bulat-bulat kepadaMu). (126)

No comments:

Post a Comment