Tuesday, February 15, 2011

DOA SELEPAS AZAN

Salam, tidak terlambat untuk mengucapkan salam maulidur rasul pada semua umat Islam di dunia ini. Ni kak wan nak khabarkan, malam Isnin lalu kak wan ajak suami dan anak2 pi solat kat masjid. Suami tanya nak pi solat kat masjid mana, kak wan jawab le terserah kat abang le, mana yang tersempat, sebab keluar rumah dah lambat, dah masuk waktu solat mahgrib dah. So suami buat keputusan sendiri, kak wan tak kisah pun. ikut je mana dia pergi asalkan dapat berjemaah dan dengar ceramah maulid nabi. Tapi sebelum keluar rumah tu kak wan dah niat, kalau dapat pi solat kat Masjid Al Husna, Bandar Sunway kan best, sebab nak pi solat diimamkan oleh Ustaz Abdul Hadi (dok teringat ceramah dia dalam program Tanyalah Ustaz tv9). Suami pi drive sampai ke Masjid Sultan Abdul Aziz, Jalan Templer,, dah usai solat tu, ada le ceramah maulid, tau dak sapa penceramah dia,,, jeng jeng jeng.. Ustaz  Abdul Hadi you.. Allah Maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kak wan, Rasa puas dan seronok je dengar ceramah ustaz Hadi tu.. loghat kedah dia pekat.. Ustaz pesan lepas azan, jangan lupa baca doa lepas azan, kita minta pada Allah supaya Nabi kita dibangkitkan di makam yang terpuji dan tertinggi, kerana  di akhirat nanti Nabi yang akan bagi syafaat pada kita, umat dia. so cuba hayati makna doa itu... ustaz pesan supaya kita jangan main-main dengan agama, takut nanti di akhirat kelak kita termasuk dalam golongan yang kufur dan melanggar perintah Allah secara kita tak sedari. ustaz pesan lagi, Islam tak larang kita untuk bersukan, tapi kena tutup aurat. jangan dok main bola pakai seluar pendek nampak lutut. haram... so ingat le kita semua akan mati

Allahumma rabba hazihid da' watittamah. Wassolatil qaimah. Ati saiyidana Muhammadanil wasilata wal fadhilah. Wassyarafa waddarajatal 'aliatar rafi'ah. Wab'athhul maqamal mahmudal lazi wa'adtah. Innaka laatukhliful mi'ad. Rabbighfirli waliwalidaiya (3X). Warhamhuma kama rabbayani saghira. Wasollallahu 'ala saiyidini Muhammadiw wa'alihi wasahbihi wassallam.
Maksudnya:

Ya Allah, Wahai Tuhan yang telah mensyariatkan seruan azan dan sembahyang yang akan didirikan. Kurniakanlah kedudukan yang tinggi dan terpuji yang engkau telah janjikan kepada junjungan kami Nabi Muhammad dan kehormatan, sesungguhnya Engkau tidak memungkiri janji. Ya Allah ampunilah aku serta ibubapaku dan kurniakanlah rahmat kepada keduanya sebagaimana kedua mereka memelihara akan daku. Dan selamat sejahtera atas junjungan kami Muhammad dan keluarganya dan sahabat-sahabat baginda.

No comments:

Post a Comment