Sunday, October 31, 2010

KERJA. SAMBIL JALAN2 KAT LANGKAWI

Assalamualaikum, rasa dah lebih seminggu kot tak update blog ni. Sibuk sikit dengan macam2 hal pejabat. Nak kena siapkan KPI ni, maklumlah dah end of the year ni... So apalagi kena pulun sikit, upgrade kerja lebih sikit.

Hari Isnin lalu 25.10.10 aku berkesempatan pi kerja dan sambil tu jalan2 ke Langkawi. Kena pi buat pemeriksaan mengejut kat Pusat Perahu Layar, Langkawi. Kak Wan pi ditemani dengan seorang lagi pegawai Kewangan, naik Air Asia, flight pukul 12.00 tghari, so sampai kat sana tu tepat jam 1.00 thgari. Lunch Hour.

Hari pertama sampai, terus ambil cab kena bayar RM24.00 dari airport Langkawi ke Pusat Perahu Layar kat Pekan Kuah. Tak lah jauh sangat. Jalan ikut kampung2 Melayu. So fresh the air kat sana, tapi cuaca panas sikit lah. Pulau kan..

Sampai kat sini, staff kat sana tak de, sebab lunch hour, nasib baik terjumpa dengan Kak Yati, dia yang bagi kunci bilik. So kami check in kat bilik no. 205. Tak de lif, kena panjat tangga le jawapnya.

Kepenatan naik tangga, so apalagi nampak katil je terus boom sekejap le, sementara nak turun ke bawah.. Start buat inspection mengejut..

Relak kejap, around pukul 2.30 ptg Kak Wan turun gi kat ofis, buat kerja , tengok dan periksa apa yang patut
Kena periksa peti besi, semua dokumen kewangan dan segala2 pasal terimaan hasil yang ada di sana.

Then, lepas semua kerja selesai, apalagi JJCM le Kak Wan dengan Cik Ramlah, gi ronda-ronda Langkawi.
Tempat pertama yang dituju tentulah Idaman Suri... Layan jelah gambar-gambar ni ya.. Rambang mata Kak Wan, tak tau
mana satu nak dibeli, banyakkan istighfar je...




DI IDAMAN SURI, BAHAGIAN TOWEL
 
TENANG JE TENGOK LAUT.








 







aku suka rumput ni, cantik..


WAKTU MALAM DI PPLL
GAMBAR DI KAMPUNG NELAYAN PEKAN KUAH




nak balik dah, dalam kapal terbang

pinggan mangkuk di idaman suri

Wednesday, October 20, 2010

MEETING DENGAN BOS

Setiap hari kita semua mesti ucap syukur banyak2 sebab masih lagi dihidupkan oleh Pencipta kita, masih berpeluang untuk datang kerja, makan, tidur, buat apa yang kita suka dengan syarat kita ingat padaNya. Solat jangan lupa, walau dimana kita berada, solat jangan ditinggalkan. Kalau tak boleh solat secara orang normal iaitu berdiri, kita boleh duduk, baring pun boleh (yang sakit), dengan isyarat mata pun boleh. Islam itu itu mudah asalkan nak buat je. Solat tu tiang agama.

Tadi pagi, ummi umar ada meeting dengan bos, biasalah bos ummi ni suka bagi mukadimah panjang-panjang sebagai ingatan. Memang kewajipan seorang pemimpin tu, kena memberi tunjuk ajar pada anak buahnya. Dalam mukadimah beliau, dia ada menyebut tentang kelebihan bagi sesiapa yang hadir dalam majlis ilmu agama kerana Allah. Banyak hadis Nabi yang menyebut tentang kelebihan dan ganjaran pahala bagi yang hadir ke majlis ilmu ini, antara :
daripada anas bin malik, katanya, rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
sesiapa yang menghadiri majlis ilmu pada ramadan, allah mencatat setiap langkahnya menyamai
ibadat setahun dan dia bersamaku (rasulullah) di bawah arasy.
Hadir majlis-majlis ilmunya serta zikirnya adalah dituntut malah Allah menurunkan ribuan malaikat-malaikatnya
dan mereka menebarkan sayap-sayap mereka dimajlis-majlis tersebut serta mereka berdoa kepada Allah supaya dilimpahi rahmat kepada mereka yang menghadiri dimajlis-majlis tersebut.

GANJARAN PAHALA YANG BESAR ALLAH JANJIKAN KEPADA ORANG YANG HADIR DALAM MAJLIS ILMU


KELEBIHAN SURAH AL KAUTSAR

ada sorang ustaz pesan, kalau nak makan luar.. sebelum masuk kedai cuba baca ayat ni.. kalau lepas baca hati rasa berdebar2 kalau boleh elakkan atau cari kedai yang lain, sebb itu mungkin kedai tu ada pasang pelaris yang kita tak nampak..



Surah Al-Kausar
Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang
yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-


1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok dileher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.


5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.


6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu.Sebar2kan kepada kekawan, terimakasih.

" Wahai Tuhanku, aku tak layak ke SyurgaMu, namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu, ampunkan dosaku, terimalah taubatku, sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa² ku. Amin Ya Rabbal'alamin "

Kata ustaz : "kita ini semuanya sama,tiada beza muda ataupun tua,jangan menyombong atau takbur sesama manusia,sekalipun kita berpangkat atau berilmu-kerana di sisi ALLAH SWT kita semuanya sama - cuma yang membezakan kita hanyalah AMAL dan TAQWA"

Tuesday, October 19, 2010

KEPENTINGAN SOLAT BERJEMAAH

KELEBIHAN SOLAT BERJEMAAH
Assalamualaikum, hari ini saya nak kongsi cerita dan hadis ini untuk kita semua berfikir tentang kenapa kita dijadikan Allah di muka bumi ini, iaitu semata2 untuk beribadat kepadanya.
Berjalan menuju solat berjemaah di masjid merupakan salah satu cara memperoleh kebahagiaan di dunia dan akhirat.
Hal itu didasarkan pada firman Allah (lihat kitab Tuhfatu al-Ahwadzi bi Syarhi Jami' at-Turmudzi, IX/104);
"Barangsiapa yang mengerjakan amal soleh, baik lelaki maupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan Kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan Kami berikan balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan." - QS. An-Nahl: 97
Ini adalah kisah benar dari daerah Bekasi, Jawa Barat.
Seorang lelaki bernama Haris (bukan nama sebenar) adalah dahulunya seorang pemuda yang jarang solat berjemaah di masjid.
Dia ke masjid hanya untuk solat Jumat atau solat di Hari Raya.
Malah dia dulu dikenali dengan panggilan 'Playboy'. Setiap tahun dia berganti pasangan. Dia juga dahulu bermain muzik (drummer).
Tidak pula memperhatikan sunnah Rasul. Padahal dia adalah anak Pak Haji dan Ketua majlis keamanan Masjid di perumahannya.
Baru ketika dia belajar, hidayah Allah menggiringnya untuk melakukan solat zohor berjemaah di masjid kampusnya.
Setelah selesai solat, ada tazkirah yang didengar Haris. Pemberi tazkirah itu menyebutkan hadits Rasulullah SAW:
"Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah shalat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya, nescaya mereka akan mendatangi keduanya sekalipun dengan merangkak." - Shahih Muslim, V/160
Sejak saat itulah Haris mulai memikirkan apa yang sebenarnya terkandung di dalamnya sehingga Rasulullah bersabda manusia akan mendatanginya meskipun dengan merangkak.
Haris pun mulai melaksanakan solat Isyak berjemaah di masjid malam harinya, dan dilanjutkan dengan Subuh berjemaah di masjid dekat rumahnya untuk mencuba merasakan apa yang sebenarnya dimaksudkan Nabi.
Selalu terlindung dari musibah
Haris ketika itu masih belajar di jurusan sastera Inggeris.
Setiap kali setelah dia pulang kuliah, dia mengajar kelas tuisyen kepada anak-anak kecil maupun orang dewasa.
Hampir lulus ijazah pertama, dia sudah ditawarkan pekerjaan melalui panggilan telefon dari sebuah syarikat untuk menjadi wartawan.
Haris mulai merenungkan apakah ini yang dimaksud manfaat dari solat Isyak dan Subuh berjemaah di masjid, rezeki begitu mudah diraih tanpa susah-susah mencari sedangkan banyak temannya yang mencari ke mana-mana tapi tidak diterima.
Akhirnya Haris lulus ijazah dan sempat menjadi wartawan di syarikat tersebut.
Tetapi pekerjaan menjadi wartawan tidak menentu waktunya.
Hari Sabtu dan Minggu harus bersedia untuk dipanggil bekerja. Pulang dari kerja selalu lewat. Haris jadi jarang solat Isyak di masjid.
Waktu subuh dia perlu bertolak ke tempat kerja agar tidak terlewat.
Sejak itu pula dia mula meninggalkan kebiasaannya mendengar dan bermain muzik.
Semuanya terlalu memenatkan dan tidak sesuai dengan jiwa Haris yang terbiasa mengajar.
Kalau sudah kepenatan, dia sering mengantuk ketika menunggang motor.
Dia bernasib baik kerana Allah masih menjaganya walaupun Haris mulai leka dalam melaksanakan solat berjemaah di masjid kerana pekerjaannya itu. Allah sedang mengujinya.
Harris pun keluar kerja agar tidak terlalu penat, boleh berjamaah di masjid, dan berniat memulakan perniagaan sendiri.
Sebelum dia sempat memulakan perniagaannya, Allah telah memberinya rezeki yg telah dijanjikan.
Dia mendapat pesanan menerjemahkan buku luar negeri dari sebuah penerbit yang hasilnya boleh membuat dia bertahan beberapa bulan sampai dia mendapat pekerjaaan tetap yang lain.
Bekerja dari rumah membuat Haris makin rajin solat berjemah di masjid.
Dia mulai merasakan perubahan ke arah yang lebih baik dibanding dengan ketika dulu ia jarang solat berjemaah di masjid.
Ditinggikan Darjatnya oleh Allah
Allah memuliakan orang yang mendatangi masjid;
"Barangsiapa berwudhu di rumahnya kemudian dia mendatangi masjid, maka dia sebagai orang yang mengunjungi Allah, dan merupakan kewajiban bagi yang dikunjungi untuk memuliakan pengunjung-Nya." HR. Thabrani, VI/253, nombor 6139 dan 6145
Haris tetap sabar dan tekun terhadap terjemahannya.
Malah dia berpikir dan bersyukur masih diberi rezeki dan anugerah menerjemahkan buku seperti itu.
Berkat kesabaran dan rasa syukurnya, Allah kembali memberinya pekerjaan tetap dalam waktu terdekat.
Kali ini dia bekerja sebagai guru di sebuah sekolah antarabangsa, sebagai guru Bahasa Inggeris.
Tempat kerja Haris cukup jauh dari rumahnya.
Tapi dia menjalankannya dengan senang dan semangat, kerana serasi dengan jiwanya.
Dia juga masih boleh menjalankan solat Isya dan Subuh berjemaah di masjid.
Haris mulai merasakan inilah yang dimaksud Allah melalui sabda Nabi tadi. Banyak manfaat yang terkandung di dalam solat Isyak dan Subuh berjemaah di masjid:
Bagi Haris, mendapat ganjaran pahala kerana mengajarkan ilmu-ilmunya adalah suatu balasan dari Allah yang sangat baik.
Meskipun bekerja dengan senang hati dan penuh semangat, tidak bererti Haris tidak pernah kepenatan. Kerana lokasinya yang jauh, setiap kali pulang kerja Haris selalu mengantuk di motor.
Sudah lebih dari tiga kali dia hampir mengalami kemalangan motor.
"Dan (dirikanlah pula solat Subuh). Sesungguhnya solat Subuh itu disaksikan (oleh malaikat)"
 - QS Al Isra: 78
Dia bercerita, pada ketika itu, dia tertidur di motor, dia hampir, melanggar ppembahagi jalan raya dan masuk ke tol.
Allah mengirimkan malaikat-Nya untuk membelokkan motornya ke jalan yang benar.
Di waktu yang lain, dia juga pernah menaiki motor sambil tidur dan mengarahkan motornya ke arah yang berlawanan dandia bernasib baik kenderaan dari arah bertentangan tidak melanggarnya dan Allah segera membangunkannya.
"... Dan seseorang yang berangkat ke masjid, dia akan selalu berada dalam jaminan Allah sehingga Dia mewafatkannya lalu memasukannya ke surga atau menyerahkan kepadanya pahala dan ganjaran yang diperolehnya. ..." - Shahih Sunan Abi Dawud, II/473
Dari Jundab bin Abdullah ra., dia bercerita, Rasulullah saw bersabda: "Barangsiapa mengerjakan sholat subuh, maka dia akan selalu berada dalam jaminan Allah." - Syarhu an-Nawawi 'alaa Shahih Muslim, V/164
Sekarang Haris sudah menjadi pengetua Sekolah di tempatnya bekerja.
Saat Haris ditawarkan jawatani menjadi pengetua, umur Haris saat itu baru 24 tahun dan dia baru bekerja di situ dua tahun! Maha Besar Allah lagi Maha Penyayang.
Mari kita semua berdoa agar diberi hidayah oleh-Nya, diberi rezeki dari-Nya, diberi kemudahan untuk melangkahkan kaki ke masjid, dan boleh mengajak orang lain untuk melaksanakan sholat berjamaah di masjid.
Nabi Nuh tidak mampu memberikan petunjuk kepada anak lelakinya, Kan'am; Ibrahim tidak mampu memberikan hidayah dalam hati ayahnya; dan Rasulullah tidak sanggup memberikan hidayah kepada pakciknya, Abu Thalib.
Maka tugas kita semua adalah memohon petunjuk kepada Allah.
Dia berfirman, "Maka mintalah hidayah kepada-Ku, nescaya Aku akan memberikan kalian hidayah."
Siapa sahaja yang meminta hidayah kepada Allah, Dia akan memberinya hidayah.
Hidayah ini meliputi hidayah ilmu dan hidayah taufik. Berapa banyak waktu terbuang untuk bermain di depan komputer?
Sedangkan kita sukar sekali meluangkan waktu beberapa minit saja untuk melangkahkan kaki ke masjid padahal melangkahkan kaki ke masjid satu langkahnya menghapus dosa dan langkah lainnya mengangkat darjat.
"Tidaklah seseorang bersuci lalu dia melakukannya dengan sebaik-baiknya kemudian dia berangkat menuju ke salah satu masjid melainkan Allah telah menetapkan baginya kebaikan bagi setiap langkah yang diayunkannya, dengannya Dia akan meninggikan dirinya satu derajat, serta menghapuskan darinya satu kesalahan..." - HR. Muslim

Sunday, October 17, 2010

SOLAT WITIR

KEPENTINGAN SOLAT WITIR.


Mari hayati pesanan kekasih Allah , buah hati SAW ini :-

قَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَـانِ: أَنْ يَكُوْنَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا ، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ لِلَّهِ ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِى الْكُفْرِ كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يَلْقَى فِى النَّـارِ.
(رَوَاهُ الْبُخَارِى وَمُسْلِمٌ وَغَيْرُهُمَا)


Sabda Rasulullah SAW.: "Tiga perkara yang barangsiapa terdapat (ketiga-tiga perkara itu) padanya nescaya dia memperolehi kemanisan iman (iaitu) Allah dan Rasul-Nya adalah lebih dia cintai daripada selainnya (Allah dan Rasul), dan dia mencintai seseorang semata-mata kerana Allah, dan dia benci untuk kembali kepada kekufuran (maksiat) sebagaimana dia benci dilemparkan ke dalam api".

" Sabda Nabi SAW : Jadikan akhir solat kamu di waktu malam dengan solat witir"
..lebih 'manis' jika amalan kebaikan harian kita ditutup dengan rakaat witir sebelum fajar


Solat Witir merupakan solat sunat yang amat dituntut. Ia sepatutnya menjadi amalan kita sebagai seorang insan yg bergelar Muslim. Rasulullah saw bersabda:

Daripada Jabir ra, katanya bahawa Rasulullah saw telah bersabda, "Wahai ahlul Qur'an, berwitirlah kamu sekalian kerana sesungguhnya Allah witir."[HR Abu Daud, At-Taghib 1/276]

Dalam hadis yang lain, Rasulullah saw menekankan kepentingan solat ini.

Daripada Buraidah ra katanya bahawa Rasululah saw bersabda, "Witir itu adalah satu haq; Barangsiapa tiada berwitir, maka tiadalah ia daripada kami."[HR Ahmad dan Abu Daud, at-Taghib 1/277]

dan juga Rasulullah saw telah bersabda:
"Wahai ahlul Qur'an! Berwitirlah kamu, sesungguhnya Allah itu witir(tunggal) dan Allah suka bilangan tunggal."[HR at-Tirmidzi dan Abu Daud, Fiqhul Manhaji 'ala Mazhab al-Imam As-Syafi'i Juz 1]

Dalam membicarakan mengenai hukum-hukum berkaitan solat Witir ini, para Fuqaha berbeza pendapat dalam beberapa hal berkaitannya. Ibn Hajar al-Asqallani di dalam kitabnya Fathul Bari , telah menukilkan bahawa menurut Ibn at-Tin, terdapat 7 hal yang diperselisihkan. Namun, beliau telah menambah lagi beberapa hal lagi yang menjadi perdebatan dari kalangan ulama'.

Pada ruang yang terbatas ini, kita akan cuba membahaskan dua daripadanya, iaitu, "Apakah boleh dikerjakan solat sunat selepas dikerjakan solat Witir?" dan "Yang manakah lebih afdhal, dilakukan di awal waktu atau dilewat malam?" Berikut disenaraikan beberapa hadis yang menjadi dalil kepada persoalan pertama di atas.

1. Thalq Ibn Ali berkata, “Tiada dua witir dalam satu malam.”[HR Ahmad, Abu Daud, at-Turmudzi dan an-Nasa’iy. Disahihkan oleh Ibn Hibban dan juga Albani. Menurut Imam Turmuzi, hadis ini Hasan.]

2. Ibn Umar ra menerangkan bahawasanya Rasulullah saw bersabda, “Jadikanlah witir sebagai akhir sembahyangmu di malam hari.”[HR Jamaah kecuali Ibn Majah]
 CARA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT WITIR


Solat Witir adalah salah satu solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.

Hukum solat Witir adalah Sunnat Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam),
sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.


Di antara fadhilat solat witir ialah :


1. Para malaikat turut menyaksi atas kesungguhan amalannya.


2. Lebih afdhal daripada sunat Rawatib yang lain


3. "Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran." Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.


Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat

"Aku solat sunnat witir dua rakaat kerana Allah Taala"

Zikir Selepas Solat Witir

`SUBHANALLAH HIL MALIKIL QUDDUS'

Dibaca tiga kali sebelum membaca doa :


Doa Solat Witir,

"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu,
dan aku berlindung dengan kemaafanMu daripada balasanMu,
dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu sendiri ke atas diriMu.
Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau redhai."

HADIS DIMURAHKAN REZEKI DAN DIPANJANGKAN UMUR

Salam, ALHAMDULILLAH kita masih diberi hidayah dan peluang dari Allah untuk terus hidup dalam nikmat iman
yang dikurniakan iaitu hidup sebagai seorang Muslim.

Hari saya nak kongsi hadis Nabi untuk panduan kita semua.

Hadis untuk dimurahkan rezeki dan panjang umur.

Rasulullah s.a.w. bersabda, “Siapa yang ingin diperluaskan rezeki dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim”. (Riwayat Bukhari).

Dalam hadith yang lain disebut disebut,
Siapa yang rezekinya lambat, banyakkan istigfar. Dosa menyekat rezekinya dari sampai. Istigfarlah supaya diampunkan.

Rasulullah s.a.w bersabda,
“Siapa yang banyak istigfar, nescaya dijadikan Allah s.w.t dukacitanya itu jalan keluar(kesukaan), kesempitannya itu jalan keluar(kelapangan) dan direzekikannya dari tempat yang tidak disangka (Riwayat Ahmad)

Dalam hadith yang lain disebut disebut
“…..banyakkan bersedekah secara bersembunyi atau terang-terangan, nescaya kamu diberi rezeki yang mewah,”

Kerja juga adalah satu amanah, sempurnakanlah kerja agar murah rezeki. Amin



Thursday, October 14, 2010

MAHER ZAIN

Salam, hari ni saya nak cerita pasal penyanyi Arab yang tengah meletopp sekarang.

Ni info yang saya copy dari I luv islam...




Siapa Maher Zain?

Teringin juga mengenali siapa sebenarnya penasyid yang hebat ni.

Rupanya beliau merupakan seorang rakyat Sweden yang berketurunan Lubnan. Keluarganya
berpindah ke Sweden ketika umur Maher Zain 8 tahun.
Beliau kemudian bersekolah di sana dan seterusnya melanjutkan pengajian ijazahnya dalam
kejuruteraan aeronautik.
Kemudian beliau berpindah dan menetap di New York selama beberapa tahun kerana minat
yang mendalam terhadap muzik.
Menurut Maher Zain, walaupun meminati muzik, tetapi beliau merasa bahawa ada sesuatu
 yang tidak kena dengannya.
Oleh kerana itu pada Januari 2009 beliau beralih arah kepada muzik yang menggambarkan
 identiti beliau sebagai seorang muslim.
Selepas itu beliau menandatangani kontrak dengan syarikat Awekening Records yang
berpangkalan di United Kingdom.
Maka lahirlah album debutnya "Thank You Allah" yang terus menduduki tangga pertama
di carta Amazon's World Music. Hebat!
Saya doakan agar Maher Zain dapat meneruskan kecemerlangan beliau.