Monday, October 11, 2010

AYAM MASAK HITAM

Pagi lepas subuh, aku masuk dapur masak ayam masak hitam, atas permintaan kawan kat opis.
Dia nak bawa nasi beriyani, so lauknya dia minta aku sediakan. So akupun masak le.

Bahan-bahannya
  • Seekor ayam dipotong kecil goreng jangan garing.
  • Bawang besar 8 biji - mesin
  • Bawang putih  6 ulas - mesin
  • Halia 2 inci               - mesin
  • Cili Kering 20 Tangkai - mesin
  • Rempah Beriyani 2 sudu besar
  • 3 Sekawan-kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih
  • Kicap Manis/Masin
  • Garam
  • Gula
Cara-caranya:-

Tumis 3 sekawan, bahan yang dimesin, kacau biar masak, masuk rempah beriyani, kicap, garam, gula
Kacau, masuk air sikit agak 1/2 cawan, kacau sebati sehingga masak dan pekat sikit. Ok dah boleh angkat.

Sunday, October 10, 2010

10.10.10

Tarikh yang cantik hari ini 10.10.10. Ramai yang pilih tarikh ni untuk menjadikan sejarah dalam hidup mereka.

 Mesti semua dah tengok majlis pernikahan Datuk Angkasawan dengan pasangannya Dr Harlina Yunos, setelah 8 tahun bercinta.kita yang diadakan di Masjid Sultan Mizan kat Putrajaya tu. Happening sekali. Orang ada RM kan. Nak apa mesti semua dapat. Malamnya majlis persandingan yang meriah dan gemilang sekali di PICC.

Thursday, October 7, 2010

CERAMAH AGAMA

Petang tadi jam 3.00 petang ada ceramah agama bulan (CAB) di Auditorium

Apa yang aku dapat dari ceramah ini :

  • Ada 3 Rukun Agama
  • - Iman
  • - Islam
  • - Ihsan
Amalkan baca surah Al Kafirun untuk kita mati dalam Syahadah
Amalkan baca surah Al Ikhlas untuk menghindarkan diri dari sifat munafik..

Apa kita belajar kita sebarkan dan amalkan dengan istiqamah. Bersyukur kerana kita dilahirkan sebagai orang Islam.

Tuesday, October 5, 2010

YANG SATU

Alhamdullilah, semalam aku tengok rancangan HalaQah-Akar Tradisi Ilmu jam 10 malam. Tajuknya Yang Satu..
Tiap tiap hati kita berikrar depan Allah dalam solat, masa kita baca Doa Iftitah. Hayatilah makna2 yang ada dalam doa itu, hingga sampai ke hati. Insya Allah jika kita tahu dan faham makna doa itu,kita akan takut untuk buat kemaksiatan dan kejahatan dalam setiap perbuatan. Sesungguhnya hidup kita di dunia ini singkat. Tiap-tiap hari kita semakin hampir pada hari kematian yang pasti setiap orang akan merasainya. Setiap hari kita menghitung untuk kita melangkah menuju Al Falah.. Amin.

Cuba hayati dan fahami makna dalam doa ini..

HARI-HARI OPEN HOUSE

Assalamualaikum, alhamdullilah atas kurnia dan nikmat Allah yang diberi pada aku. Aku Bersyukur kerana ALlah beri aku peluang atas muka bumi ini. Semua yang kita, Allah bagi pada kita secara percuma, Kita perlu banyak2 bersyukur atas semua anugerah ini.. Sujudlah kepadaNya. Banyakkan selawat kepada junjungan besar kita Nabi Muhamad S.A.W.. AMin.

Sepanjang minggu ni, banyak open house aku pi. 29 Sept, Bahagian Khidmat Pengurusan buat open Floor, Then petangnya pi open house Century Software kat Muzium Kesenian Islam, kat sebelah Masjid Negara. Kenyang perut senang hati.. terima kasih, next year jemputlah lagi. Semalam 30 Sept, ada perhimpunan Bulanan MSN, serta Jamuan Hari Raya Aidilfitri. Makan lagi you... Kerja tetap jalan tau..

Jom layan gambar sekitar open house tu..

ORANG KUAT CENTURY SOFTWARE


MAKAN KENYANG2 YA..




NASI AYAM MANDY YANG ENAKKKKK.

SLICE AYAM PANGGANG

DI DEPAN MUZIUM KESENIAN ISLAM

Monday, October 4, 2010

my new nokia C5

alhamdullillah, last friday my hubby bagi suprise present,, nokia c5 yang cun, putih kalernya. AKu nak minta dia beli blackberry bold, tetiba je balik kerje tu dia bagi aku nokia c5 ni. terima je lah. apa org kata rezeki jangan ditolak



Friday, October 1, 2010

MINGGU OPEN HOUSE

Alhamdulillah, minggu ini memang banyak jemputan open house Aidilfitri..

29.09.10   - 9.00 pg    Jamuan kat Bhgn Dasar- Tingkat 5
                  12 tghari  Jamuan kat Bhgn Khidmat Pengurusan
                        4.00 ptg    Jamuan Di Muzium Kesenian Islam, KL jemputan dari Century Software

30.09.10    12 tgh      Perhimpunan Bulanan MSN- Makan Hari Raya lagi

01.10.10     9.00 pg   Jamuan di Bhgn Pelapis
                       8.00 mlm Jamuan di Vista MSN

02.10.10    Lepas asar  Jamuan kat rumah kawan aku, Reynie kat Taman Kenari, Kajang
03.10.10    Tengahari   Jamuan kat rumah Kak Ina Salleh kat BB Bangi.


Syukur atas nikmat Allah. Semoga Allah limpahkan rezeki dan keberkatanNya kepada kita semua..



Beraya di MSN, bergambar dengan staf kewangan dan big bos Pengurusan.

Aya, Reynie, Aku, Mimie di rumah Aku
Kawan-kawan datang beraya di rumah aku,.

At Mimie's House, Aku dan anak-anakku.
Beraya di rumah Mimie Adnan. PJS1



Di depan Muzium Kesenian Islam, KL, Open House Century Software

Candid Camera
Pinggan kat belakang tu imported tau..



Suami-suami tengah ada hot discussion kat luar rumah Reynie.

Aku dan Mimie Adnan- Reynie's House